loading...
Monday, January 2, 2017

Inilah 5 Pertanyaan yg Harus Mampu Kita Jawab Dialam Kubur Kelak

Setiap yg hidup akan mati,dan setiap yg mati akan dibangkitkan semasa di Padang Masyar.Adakah kita golongan ahli Syurga atau golongan ahli Neraka.Kita yg tentukan sama ada di Syurga atau di neraka selepas kehidupan di alam barzakh.Setiap muslim yg hidup di dunia ini perlu tahu apa soalan-soalan cepumas yg akan ditanya dan semua jawapan tersebut telah kita ketahui.Yg kita tidak ketahui adalah dapatkah kita menjawab semua persoalan yg ditanya oleh malaikat Mungkar dan Nakir.

 http://abusigli.blogspot.com/2017/01/inilah-5-pertanyaan-yg-harus-mampu-kita.html

Rasulullah saw bersabda : " Apabila si mati dikuburkan,datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam,lagi biru (matanya),salah satu di antaranya disebut dengan nama"Munkar " dan yg satu lagi disebut dengan nama " Nakir ",(lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya).Kemudian mereka menyoalnya:Apa yg pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?

Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:Mereka bertanya kepadanya:Apa yg engkau pernah sembah?Maka kalau Allah memberi hidayah petunjuk kepadanya,ia akan menjawab dengan berkata:Aku menyembah Allah!Kemudian ia ditanya lagi:Apa yg engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s. a. w)?

Dan pada satu riwayat yg lain,oleh Abu Daud juga:Mereka menyoalnya dengan berkata : Siapa Tuhanmu? Ia menjawab : Tuhanku ialah Allah!Mereka bertanya lagi:Apa agama mu? Ia menjawab:Agamaku ialah Islam!Mereka bertanya lagi:Siapa dia orang yg telah diutuskan dalam golongan kamu?.

Maka kalau si mati seorang yg beriman,ia akan menjawab dengan berkata:Orang itu (Muhammad saw) ialah hamba Allah dan RasulNya,aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan Rasul-Nya! .

Mereka berkata kepadanya:Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yg demikian. Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda saw bersabda:"Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya:Sungguh benar hamba-Ku,maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga,dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga,serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga. "

Rasulullah s.a.w bersabda lagi:"Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya;kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi dan diberikan cahaya yg menerangi kuburnya;kemudian dikatakan kepadanya:Tidurlah!Lalu ia berkata:Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?.

Dua Malaikat itu berkata kepadanya:Tidurlah seperti tidurnya pengantin yg tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya;Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu.

Jika si mati itu seorang munafik,ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya : Aku dengar orang berkata demikian,maka aku pun turut berkata sama;aku tidak tahu benarkah atau tidak.

Lalu dua Malaikat itu berkata : Memang kami tahu engkau berkata demikian.

Dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud : Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya : Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka,dan pakaikanlah dia pakaian dari Neraka,serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke neraka.
Baca juga:Resep Puding Mie Bakso Segar dan Mudah
Rasulullah s. a. w. bersabda lagi:"Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya;kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya,maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya "(Abu Hurairah r.a).

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Inilah 5 Pertanyaan yg Harus Mampu Kita Jawab Dialam Kubur Kelak

0 comments:

Post a Comment