Apabila Rasulullah saw baru saja wafat,adalah diriwayatkan bahawa ketika Sayyidina Ali Bin Abu Talib ra meletakkan jasad baginda diatas tempat tidurnya,tiba-tiba terdengar suara ghaib dari penjuru rumah berseru dengan nada tinggi : ”Jangan kamu mandikan jenazah Muhammad,kerana ia adalah orang yg suci lagi pula membawa kesucian! Ali curiga terhadap suara itu seraya ia bertanya :
Siapakah engkau? Bukankah Rasulullah menyuruh kami memandikannya.? Tiba-tiba terdengar suara ghaib yg lain berseru sebaliknya :
Hai Ali! Mandikanlah Beliau! Suara ghaib yg pertama itu berasal dari suara iblis yg terkutuk kerana dengki terhadap Muhammad s. a. w. dan ia bermaksud supaya Nabi Muhammad tidak dimasukkan kedalam liang kuburnya dalam keadaan dimandikan.
Ujar Ali pula : Semoga Allah membalasi engkau dengan kebajikan dikala engkau memberitahukan, bahawa suara itu berasal dari iblis. Sekarang siapakah pula sebenarnya engkau sendiri?
Aku adalah Khidir. aku datang utk menzirahi jenazah Muhammad s. a. w. Jawab suara itu.
Kemudian Saiyidina Ali r. a pun memandikan jenazah Rasulullahs. a. w. sedang AlFadhal Bin Abbas dan Usamah Bin Zaid r. a menimbakan air dan malaikat Jibril datang membawa harum-haruman dari syurga. Mereka kapani dan kuburkan beliau di kamar rumah Siti Aishah pada malam Rabu dan ada yg mengatakan pada malam Selasa.
Kewafatan baginda telah menyebabkan kesedihan yg bukan sedikit dikalangan seluruh ummat, lebih-lebih lagi para sahabat yg terdekat. Kata -kta yg dilahirkan oleh para sahabat demi setelah mengetahui kewafatan beliau amatlah mengharukan.
Seketika membuka kain selubung yg menutupi wajah Rasulullah yang baru saja wafat, Syaidina Abu Bakar AsSiddiq berkata dengan penuh terharu :
Demi ayah dan bondaku! Alangkah indahnya hidupmu dan alangkah indahnya matimu! Demi Allah! Sekali-kali tidak akan terkumpul dua kematian atas dirimu. Adapun mati yg telah ditentukan Allah bagimu, telah kau alami. Dan setelah itu takkan ada lagi kematian yg datang kepadamu untuk selam-lamanya!
Hassan Bin Thabitr. a salah seorang sahabat Rasulullahs. a. w. yg utama dan penyair Islam yg agung dizaman Rasulullah, telah menerima berita kewafatan baginda dengan berat sekali. Kesedihan yg dirasakannya dapat kita saksikan dari sebuah sajak yg ditinggalkan sejurus kewafatan Rasulullah :
duhai, engkaulah biji mataku
Dengan kematianmu,
aku menjadi buta
tak dapat melihat
siapa yg ingin mati sepeninggalmu
biarlah ia mati pergi menemui ajalnya
Aku, hanya risau haru dengan pemergianmu..
Tetapi antara banyak orang tentu sekali yg paling merasakan berat atas kewafatan baginda ialah kaum keluarganya yg terdekat seperti puteri baginda yg paling dikasihinya Siti fatimah serta balu-balu baginda terutama Siti Aisyah r. a.
Pernah suatu hari, Ummu Mukminin Siti Aisyah r. a bersenandung dengan suara teharu sambil berdiri dikubur Nabi s. a. aw. Katanya :
Wahai insan yg tidak pernah memakai sutera
Yg tak pernah tidur diatas tilam yg empuk
Wahai insan yg keluar dari dunia dan perutnya
Tidak pernah kenyang dengan roti dan gandum
Wahai insan yg memilh tikar tempat tidurnya
Wahai insan yg berjaga sepanjang malam tanpa tidur
Kerana takut sentuhan neraka sair.
Baca Juga:Hal-hal Yang Membatalkan Shalat
Ada riwiyatkan sepeninggal ayahnya, orang melihat Siti fatimah Azzahra selalu berikat kepala, tubuhnya semakin kurus dan matanya membengkak kerana menagis terus menerus, bahkan ia sering tidak sedarkan diri. kepada putera-puteranya ia selalu mengatakan :
Mana dia ayah yg mencintai kalian itu? Aku tidak pernah lagi melihat dia membuka pintu ini. Kalian tidak akan pernah lagi naik keatas punggungnya seperti yg biasa kalian lakukan
Pohon yg biasanya mendapatkan kasih sayang itu, semakin layu dan mengering