Sa’ad bin Mu’adz adalah salah seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dari kalangan kaum Ansar di Madinah yg menyintai dirinya berada dalam medan jihad.
Jabir bin Abdullah pernah meriwayatkan ketika kewafatan Sa’ad bin Mu’adz,dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Jenazah Sa’ad bin Mu’adz berada di antara mereka (para Malaikat) membuat ‘Arasy Ar-Rahman bergegar. ”
(Sahih Bukhari, no. 3519, Sahih Muslim, no. 4511, no. 4512, Sunan At-Tirmidzi, no. 3783, hasan sahih)
Aisyah,Ummul Mukminin radhiallahu ‘anha menceritakan : “Sa’ad bin Mu’adz mendapatkan luka parah pada perang Khandaq kerana panahan dari seorang Quraisy bernama Hibban bin Ariqah.Dia memanahnya tepat mengenai urat bahu Sa’ad.Kemudian Nabi shallallahu‘alaihi wasallam membuatkan khemah dekat masjid supaya mudah menjenguknya.Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pulang dari perang Khandaq,beliau meletakkan senjata lalu mandi.Kemudian Malaikat Jibril ‘alaihissalam datang menemui beliau sambil mengibaskan debu dari kepalanya lalu berkata : “Apakah anda hendak meletakkan senjata? Demi Allah,kami tidak akan meletakkannya. Keluarlah anda (utk menyerbu) mereka. ” Beliau bertanya : “Ke mana? ” Jibril ‘alaihissalam memberi isyarat (utk menyerbu) Bani Quraizah (kerana pengkhianatan mereka).Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berangkat utk menyerbu mereka. Akhirnya Bani Quraizah sepakat tunduk pada hukum beliau. Namun beliau menyerahkannya kepada Sa’ad. ” (Sahih Bukhari, no. 3813)
Abu Sa’id Al Khudri radhiallahu ‘anhu pula menceritakan : “Tatkala Bani Quraizah setuju dengan ketetapan hukum yg akan diputuskan oleh Sa’ad, ketika itu aku berada dekat dengan Rasulullah. Lantas Sa’ad bin Mu’adz datang dengan menunggang keldai. Ketika sudah dekat, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Berdirilah kalian buat menjemput pemimpin kalian. ” Sa’ad pun tiba dan duduk dekat dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu beliau bersabda kepadanya :“Sesungguhnya mereka setuju dengan keputusan yg akan kamu putuskan. ” Sa’ad berkata : “Aku putuskan agar para tentera perang mereka dibunuh (qisas) dan anak-anak mereka dijadikan tawanan.”Maka beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Sungguh kamu telah memutuskan hukum kepada mereka dengan hukum Allah (Raja segala raja). ” (Sahih Bukhari, no. 2816, no. 3520, Musnad Ahmad, no. 11252)
Aisyah radhiallahu ‘anha berkata bahawa Sa’ad bin Mua’adz telah berdoa : “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa tidak ada yg lebih aku cintai utk berjihad (berperang) di jalan-Mu selain memerangi kaum yg mendustakan Rasul-Mu shallallahu ‘alaihi wasallam yg telah mengusir beliau. Ya Allah, aku mengira bahawa Engkau telah menghentikan perang antara kami dan mereka. Seandainya masih ada perang melawan Quraisy,panjangkanlah umurku supaya aku dapat berjihad melawan mereka di jalan-Mu. Sekiranya memang benar Engkau telah menghentikan perang, pancutkanlah lukaku ini dan matikanlah aku kerananya.”Maka memancutlah darah dari dadanya. Dan tidak ada yg menghairankan mereka ketika di masjid di dalam khemah Bani Ghifar kecuali darah yg mengalir. Mereka berkata : “Wahai penghuni khemah, apakah yg datang kepada kami ini (darah) dari arah kalian? ” Ternyata luka Sa’ad menyemburkan darah lalu dia meninggal kerana lukanya itu. Semoga Allah meredhainya. ” (Sahih Bukhari, no. 3813)
Ada beberapa riwayat telah datang menceritakan mengenai kewafatan Sa’ad bin Mu’adz, antaranya :
Dari Jabir radhiallahu ‘anhu, dia berkata : “Jibril ‘alaihissalam menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lalu bertanya : “Siapakah hamba soleh yg wafat sehingga pintu-pintu langit terbuka untuknya dan ‘Arasy bergetar? ” Nabi kemudian keluar, ternyata Sa’ad bin Mu’adz telah wafat. ” (Riwayat Al-Baihaqi)
Sa’ad bin Abi Waqqas radhiallahu ‘anhu, dia berkata : “Ketika Sa’ad bin Mu’adz wafat setelah perang Khandaq, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tergesa-gesa keluar, hingga memutuskan tali sandal seseorang dan tidak membetulkannya, tidak melilitkan kembali selendangnya yg terurai, dan tidak menyapa seorang pun.
Orang-orang bertanya : “Ya Rasulullah, mengapa engkau mengabaikan kami? ” Beliau menjawab : “Aku khuatir malaikat mendahului kita utk memandikan jenazah Sa’ad bin Mu’adz, seperti halnya dia mendahului kita memandikan jenazah Hanzhalah. ” (Riwayat Abu Na’im)
Dari Muslimah bin Aslam bin Harisy, dia berkata : “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memasuki rumah Sa’ad bin Mu’adz, tetapi tiada seorang pun di dalamnya kecuali (jenazah) Sa’ad yg ditutupi kain. Kemudian aku melihat beliau melangkah dan memberi isyarat kepadaku agar berhenti. Aku berhenti dan mundur ke belakang, beliau duduk sebentar lalu keluar.
Aku berkata : “Ya Rasulullah, aku tidak melihat seorang pun di sana, namun aku melihatmu melangkah (dengan perlahan). ” Beliau menjawab : “Aku tidak boleh duduk, hingga salah satu malaikat melepaskan salah satu sayapnya. ” (Riwayat Ibnu Sa’ad)
Dari Asy’at bin Ishaq bin Sa’ad bin Abi Waqqas, dia berkata : “Ketika Sa’ad bin Mu’adz wafat, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menggenggam kedua lutut Sa’ad lalu berkata : “Malaikat masuk, tetapi tidak mendapatkan tempat duduk, maka aku lapangkan tempat untuknya. ” Ketika orang-orang mengusung jenazah Sa’ad bin Mu’adz yg pada masa hidupnya dia adalah orang yg paling besar dan tinggi, salah seorang munafik berkata : “Kami belum pernah mengusung jenazah yg lebih ringan daripada hari ini. ” Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersaada : “Jenazah Sa’ad bin Mu’adz disaksikan tujuh puluh ribu malaikat yg tidak menginjak bumi sama sekali. ” (Riwayat Abu Na’im)
Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma, dia berkata : “Ketika perang Ahzab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang Sa’ad bin Mu’adz : “Sa’ad telah menggoncangkan ‘Arasy, dan jenazahnya dihantar tujuh puluh ribu malaikat. ” (Riwayat Al-Baihaqi)
Dari Mahmud bin Lubaid, dia berkata : “Ketika mengusung jenazah Sa’ad bin Mu’adz, orang-orang mengatakan : “Ya Rasulullah, kami belum pernah mengusung jenazah yg lebih ringan daripada ini. ” Beliau menjelaskan : “Kalian merasa ringan, kerana malaikat telah turun tangan, padahal sebelumnya mereka belum pernah ikut mengusung jenazah bersama kalian. ” (Riwayat Ibnu Sa’ad)
Dari Abu Sa’id Al-Khudri, dia berkata : “Aku ikut menghadiri pemakaman Sa’ad bin Mu’adz, setiap kali kami menggali sebongkah tanah kuburnya, kami mencium harum minyak wangi. ” (Riwayat Ibnu Sa’ad)
Baca juga:Resep Cara Membuat Trancam
Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu pernah bercerita : “Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam dihadiahkan baju jubah terbuat dari sutera nipis padahal sebelumnya beliau pernah melarang memakai sutera. Lalu orang-orang pun menjadi kagum kerananya. Maka beliau bersabda : “Demi Zat yg jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sungguh sapu tangan Sa’ad bin Mu’adz di syurga lebih baik daripada ini. ” (Sahih Bukhari, no. 3009, Sahih Muslim, no. 4515, Sunan At-Tirmidzi, no. 3782, hasan sahih, Musnad Ahmad, no. 12916)
Begitu mulia layanan Allah terhadap mereka yg berjihad menegakkan agama Allah, hingga dimuliakan di dunia lagi.