Bismillah…
Kecurian barang mungkin sudah biasa sangat di zaman sekarang.
Dulu-dulu- Semasa di asrama selalu juga terkena.Hilang selipar sebaik solat berjemaah di surau, hilang kain baju di ampaian and hilang barang-barang peribadi di dorm dianggap asam garam biasa di asrama.
Semasa saya menyewa di Kuala Lumpur pun,saya pernah mengalaminya dan paling saya terkilan- Dompet yg dicuri (ya,dicuri oleh penghuni dalam rumah tu sendiri) mengandungi hampir separuh gaji saya yg dikeluarkan utk membayar hutang,kad-kad bank,kad pengenalan dan yg paling saya tak halalkan adalah rantai leher saya pemberian emak yg putus menunggu dibawa ke kedai emas.
Sampai sekarang pun, kalau saya teringat rantai emas tu,saya akan berasa sangat bersalah dengan emak dan terdetik-detik nama dan wajah orang yg mengambil tu.Allahu.
Bukan tdk redha…Tapi perbuatan tu sangat bodoh dan orang yg tak tahu dosa pahala je yg sampai hati buat macamtu.
Saya yakin dia sekarang sedang menanggung azab menyimpan barang curi sebab saya tidak lagi tinggal di situ dan dia pun dah tak boleh cari saya lagi.
Wang dan kad-kad tu tidak lagi saya kenangkan.Jauh di sudut hati,moga ada bantuan Allah utk kembalikan semula rantai emas yg terukir nama saya tu.
Saya ada terbaca satu kaedah dan pendekatan doa buat ikhtiar untuk mengembalikan barang yg dicuri.
1 Sebelum membaca doa,bayangkan wajah orang yang mengambil barang tersebut.(Bukan utk menuduh,ya) Kalau tidak pasti atau tidak cam, bayangkan sahaja wajah orang secara umum.
2 Baca ayat dari surah Ar-Ra’d ayat 31 sebanyak 31 kali pada waktu tengah malam sebelum tidur. Sebelumtu,maafkanlah semua orang termasuk si pencuri tersebut dan niat kita hanyalah memohon agar barang tersebut dikembalikan.Insya Allah,dengan izin Allah barang tersebut akan kembali dipulangkan.
doa
Nampak macam magic,ya.Tetapi kuasa Allah, tiada siapa boleh menafikannya.Kalau Allah ‘kata’ jadi, maka jadilah sesuatu atas kehendaknya.Kita hanya berikhtiar.Lagipun Allah dah pesan doa orang teraniaya mudah didengari dan ditunaikan.Paling pasti,kena yakin dengan Allah.
Yg mencuri tu pun- Senipis-nipis iman dia,dia akan rasa tangkai hatinya ‘dicuit’ dosa.Doakanlah
Artikel Terkait: