7 Tips Ajar
Anak Shalat Ikut Peringkat Umur. Sangat Mudah!
Melentur buluh biarlah
dari rebungnya, perumpamaan ini boleh kita gunakan untuk mendidik
anak-anak untuk belajar menunaikan solat.
Dalam konteks
pendidikan awal anak-anak, tanggungjawab untuk mendidik anak untuk
bersolat adalah satu amanah yang sangat besar dan berat. Mendidik dan
mentarbiyyah anak-anak untuk solat tidak semudah kita mengajar anak ABC
atau 123. Tanggungjawab yang besar ini datang dengan pelbagai ujian dan
ini memerlukan ibubapa yang bijak.
1) Contoh tauladan yang baik.
Ibubapa adalah
contoh terbaik dan terdekat untuk diteladani oleh anak-anak. Ayah yang
selalu ke masjid, ibu yang terus bersiap solat ketika mendengar azan dan
mendedahkan kepada anak-anak tentang solat berjemaah adalah antara
contoh terbaik buat anak-anak.
2) Umur 0 – 2 tahun – Wujudkan suasana yang solehah (Biah solehah)
Walaupun
anak-anak masih kecil, tidak mengerti dan tidak faham, namun suasana
yang baik dan solehah akan menjadikannya biasa. Dia biasa melihat ibu
dan ayahnya solat di awal waktu, solat berjemaah, tahu tentang azan dan
mendengar bacaan ayat-ayat al-qur’an. Berkata-katalah dan bercerita
dengan anak seperti, ” Tunggu sebelah Ummi ya, Ummi mahu solat.” . Atau ” Terima kasih sayang sebab tunggu Ummi solat.”
3) Umur 2 – 3 tahun – Ajak anak
Sebagai ibu
bapa usah merasa jemu untuk selalu ajak anak solat. Biar mereka biasa
dengan ajakkan. Walaupun mereka hanya mendengar dan tidak mengikuti,
teruskan menyebut setiap kali kita hendak solat. ” Jom ikut Ummi solat!”
4) Umur 4 – 6 tahun – Mengapa kita solat?
Sudah tiba
masanya untuk ibubapa bercerita tentang kepentingan solat kepada anak
mereka. Penerangan berbentuk cerita dapat memberikan gambaran yang jelas
kepada anak-anak.
Dedahkan
anak-anak secara kerap tentang masjid. Ajak mereka ke masjid.
Perkenalkan tentang adab-adabnya, solat jemaah, hubungan sosial dengan
jemaah yang lain dan sebagainya.
Pada
umur begini juga ibubapa sudah boleh menghantar mereka ke tadika Islam
yang mengajar mereka tentang solat agar mereka lebih faham dan seronok
untuk solat.
5) Umur 7 – 9 tahun – Penekanan dan tanggungjawab
Ini adalah
tahun-tahun pengukuhan bagi asas solat bagi anak-anak. Kita sudah
menunjukkan contoh, ajakan dan pemahaman sejak lahir. Waktu ini anak
seharusnya sudah tahu apa yang perlu dilakukan ketika azan, cara
mengambil wudhuk, pergerakan dan bacaan dalam solat.
Walaupun tidak
lancar dan tidak cekap, sekurang-kurangnya mereka sudah ada asas.
Mencapai umur 9 tahun, ibubapa sudah mula sedikit tegas dan selalu
mengingatkan mereka untuk solat.
6) Umur 10 tahun ke atas – Denda dan hukuman
Dalam hadith
tentang solat, Nabi membenarkan untuk kita memukul anak yang ingkar
solat ketika dia berumur 10 tahun. Tetapi sebelum kita memukulnya,
adakah kita telah memberikan pemahaman serta contoh terbaik buat
mereka?
Tidak semudah
itu untuk ibubapa menjatuhkan hukuman dan memukul anak. Semoga kita
menjadi pemimpin yang adil dalam menentukan hukuman dan denda terhadap
anak-anak.
7) Doa
Selalulah amalkan doa Nabi Ibrahim.
Pelbagai teknik
dan cara perlu diterapkan oleh ibu bapa di luar sana dalam mengajak
anak bersolat. Kekerasan dan paksaan hanya akan membantutkan proses asas
pemahaman solat ini.
Semoga
anak-anak kita dapat menunaikan solat yang merupakan ibadat yang utama
sebagai seorang muslim. Sebagai ibu bapa kita seharusnya memberi
pendedahan solat seawal yang mungkin kepada anak-anak kita mengikut usia
mereka
Artikel Terkait: