loading...
Wednesday, January 18, 2017

Sunnah Membunuh Cicak Ternyata Telah Dijelaskan Dalam Hadist Nabi

Nabi Muhammad Rasulullah Saw bersabda : “Barangsiapa yg membunuh cicak,maka pada awal pukulannya baginya ini dan itu satu kebaikan.Barangsiapa yg membunuhnya dalam pukulan kedua, maka baginya ini dan itu satu kebaikan yg berbeza dengan yg pertama. Jika dia membunuhnya pada pukulan ketiga,maka baginya ini dan itu kebaikan yg berbeza dengan yg kedua! ”.(shahih Muslim,Sunan Abu Dawud dan Jami’at Tirmidzi dari Abu Hurairah).

Rasulullah Saw bersabda : “Barangsiapa yg membunuh cicak pada satu kali pukulan, maka baginya seratus kebaikan.Dan jika pada pukulan kedua,maka baginya (kebaikan) berbeda dengan itu (yg pertama).Dan jika pada pukulan ketiga,maka baginya (kebaikan) berbeda dengan itu (yg kedua)! ”.(sahih Muslim).

Di dalam “Al-Mu’jam Al-Ausath” milik Imam Thabrani dari hadis ‘Aisyah Ra berkata : “Aku mendengar bahawa Rasulullah Saw bersabda : “Barangsiapa yg membunuh cicak,maka Allah akan menghapuskan tujuh kesalahan atasnya. ” (hadis Riwayat Thabrani didalam Al-Mu’jam Al-Ausath).

Dari Saibah Maulah Al-Fakih bin Al-Mughiroh bahawasanya dirinya menemui ‘Aisyah Ra dan melihat di rumahnya terdapat sebuah tombak yg tergeletak.Dia pun bertanya kepada ‘Aisyah Ra:“Wahai Ummul Mu’minin (Ibunda kaum Mukminin),apa yg engkau lakukan dengan tombak ini? ”.‘Aisyah Ra menjawab:“Kami baru saja membunuh cicak-cicak. Sesungguhnya Nabi Saw pernah memberitahu kami bahawa saat Ibrahim As dilemparkan ke dalam api tak satu pun binatang di bumi saat itu kecuali dia akan memadamkannya kecuali cicak yg meniup-niupkan apinya.Maka Rasulullah Saw memerintahkan utk membunuhnya! ”.(hadis Riwayat Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah. Menurut Kitab Az-Zawaid menyebutkan bahawa hadis ‘Aisyah ini sahih dan orang-orangnya bisa dipercaya). 

CICAK!
Kenapa cicak harus dibunuh? …

http://abusigli.blogspot.com/2017/01/sunnah-membunuh-cicak-ternyata-telas.html


1. kerana dahulu kala ketika Nabi Ibrahim As dilemparkan ke dalam api,sesungguhnya semua haiwan-haiwan di muka bumi ini berusaha membantu Nabi Ibrahim As dengan cara memadamkan api tersebut.Namun cicak malah sebaliknya,dia malah meniup-niupkan apinya agar apinya semakin membakar tubuh Nabi Ibrahim As.Maka Rasulullah Saw memerintahkan kepada kita (selaku ummatnya) untuk selalu membunuh cicak!

2. Ada seekor cicak di dalam Gua Tsur yg sedang berbunyi kuat dan nyaring serta bergema.Mendengar suara cicak yg begitu kuat,para kaum kafir Quraisy yg sedang memburu Rasulullah Saw menjadi sangat yakin bahawa Rasulullah Saw bersembunyi di dalam Gua Tsur tersebut.Namun,untungnya ketika kaum musyrikin lihatmelihat pintu gua tertutup dengan sarang labah-labah,mereka bukan percaya.Kalau orang masuk ke gua itu, tentu sarang labah-labahnya rosak.Berikut terlepaslah Nabi Muhammad Saw dan sahabatnya.Maka dari itu,cicak disunatkan untuk selalu dibunnuh!

3. Di dalam suatu keterangan mengenai hadis sahih,Nabi Muhammad Rasulullah Saw pernah melaksanakan solat.Ketika dia lagi tengah solat,tiba-tiba dikencingi serta diberaki oleh cicak yg berada di atas nya,sedangkan tahi cicak dan air kencing cicak itu sangat bau dan najis.Oleh kerananya,Nabi Muhammad Rasulullah Saw menamai cicak dengan nama Fuwaisiq (Si penjahat kecil).

Nah itulah indahnya Islam,walaupun cicak disunatkan utk dibunuh oleh setiap kaum Muslim,tetapi tetap saja,ummat Islam diharamkan utk berlaku zalim dan kejam terhadap semua makhluk termasuk cicak!

Sekali pukulan yang dapat mematikan bagi sang cicak,maka pahalanya sangat besar ketimbang pukulan berikutnya yg selalu mengurangi pahala dari mejadimbunuh cicak.

Apalagi pada pukulan keempat dan sebagainya,maka pahala kita menjadi kosong, malah yg ada mungkin kita menjadi dosa kerana telah menganiaya cicak.

Dan lebih banyak lagi mengenai cicak dalam Islam (Rahmatan lil ‘alamin) yg menceritakan bahawa cicak itu bukan binatang yang sopan,dan cicak juga sering menggunakan makanan-makanan kita sendiri yg pada akhirnya kita akan merasa jijik dengan makanan kita sendiri.

Jadi kalau anda melihat cicak,bunuh saja ya!!!

Cara yg betul utk membunuh cicak adalah dengan menggenggam tubuhnya,kemudian kepalanya diletakkan di antara jari telunjuk dan ibu jari,kemudian tekan kepalanya dengan keras!

Kalau saya sendiri masih geli utk membunuh cicak dengan cara demikian.Membunuh cicak dengan cara dipukul pun tidak mengapa.Ingat,jangan menyiksanya!

Bagi yg tidak ingin mengamalkannya,silakan,tapi sebagai seorang muslim kita harus percaya bahawa cicak adalah binatang yg disunatkan untuk selalu dibunuh,kerana sumbernya secara lansung dari hadis Rasulullah Saw yg sahih!

Wallahu’alam Bissowab! 

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Sunnah Membunuh Cicak Ternyata Telah Dijelaskan Dalam Hadist Nabi

0 comments:

Post a Comment