loading...
Sabtu, 18 Juni 2016

Inilah Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab


Terdapat 70.000 umat Nabi Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab.

Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r. a.

Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama.

Mereka adalah :

1.Ahl al-fadl (Ahli kemuliaan)
orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan,bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (Ahli kesabaran)
bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

3. Jiran-jiran Allah
mereka yang saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah,duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.(hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekkah 
sama dengan pergi ataupun kembali.(hadis riwayat Jabir)

5. Penuntut ilmu,perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6.Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.(hadis marfu’ sumber daripada Anas)

7.Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah” (hadis sumber daripada A’isyah r. a)

8.Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jum'at (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

9.Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10.Orang yang menggali perigi(parit) di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah (Ibn Mas’ud)

11.Orang yang mati syahid mempertahankan agama Islam.

“Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya,maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab,dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yg dihisabkan dengan hisab yang sedikit,dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak,maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya. ”
http://abusigli.blogspot.com/2016/06/inilah-golongan-yang-masuk-syurga-tanpa.html


****
Baca Juga:Inilah Empat Golongan Yg Dirindukan Surga

sumber daripada buku Misteri di sebalik tiupan sangkakala saringan daripada kitab At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi dan Kasyful Ghummah pada menyatakan orang Meninggal & hal hari kiamat oleh Syeikh Daud al-Fatani yang disusun oleh Muhammad Ramzi Umar.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Inilah Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab

0 komentar:

Posting Komentar