loading...
Senin, 22 Desember 2014

Aku Islam

Aku Islam- Admin Wandye Baru-baru ini mengabarkan,,kita digemparkan dengan satu berita yang menjadi tajuk utama kebanyakan akhbar-akhbar iaitu mengenai penukaran hukuman dari hukuman sebat kepada hukuman kerja amal,CUCI TANDAS.Kartika Sari Dewi,33, dijatuh hukuman enam kali sebatan beserta denda. kerana didapati bersalah meminum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating,.Namun demikian,semua itu bertukar kepada hukuman cuci tandas,apabila sultan pahang sendiri yang mengubahnya.Alhamdulillah,seorang yang masih muda dalam lingkungan 30 tahun,berjubah putih serta berserban putih.Tajuk khutbah beliau pada ketika itu ialah ‘mempermainkan hukuman Allah’.Masjid buat pertama kalinya bergema segema-gemanya apabila khatib bersuara dengan nada yang sangat marah dan kuat kepada sistem pemerintahan negara kita mengenai hukuman kepada pesalah.Jemaah yang berhampiran saya yang tawaduk tidur terus segar apabila mendengar laungan suara khatib.Inilah buat pertama kalinya saya mendengar suara khatib yang sekuat ini dan pertama kali juga melihat tiada jemaah yang tidur ketika khatib membaca khutbah.Islam Agamaku


Aku Islam

Masya-Allah, lihatlah pemimpin sekarang sudah berani melawan hukum Allah sehinggakan orang yang ingin dihukum dengan hukuman Allah,telah dibantah sekeras-kerasnya oleh pemimpin.Hebat sangatkah kita untuk menentukan hukuman yang sepatutnya kepada pesalah yang melakukan kesalahan yang berat seperti minum arak.Sesungguhnya Allah telah menetapkan hukuman bagi beberapa kesalahan yang dilakukan oleh umat Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah.Hukuman ini lebih dikenali sebagai hukuman hudud. Hukuman hudud merupakan hak Allah yang tidak boleh ditukar ganti,diubahsuai dan dipinda.Antara kesalahan yang wajib dilaksanakan hukuman hudud adalah minum arak. Maka wajiblah bagi setiap pemimpin untuk melaksanakan hukuman ini kepada pesalah. Tapi bagaimana dengan pemimpin kita sekarang bukan sahaja tidak melakukan hukuman ini malah berani bertindak bijak dari Allah dengan menukar hukuman ini kepada hukuman yang lain. Mereka inilah golongan yang berpaling dan mendustakan ayat-ayat Allah. Firman Allah yang bermaksud;
“...oleh itu siapakah yang lebih zalim lagi daripada mereka yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling daripada ayat keterangan Kami (dengan) azab seksa yang seburuk-buruknya, disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya).” (al-An’aam, 157)

Allah telah menetapkan hukuman kepada peminum arak dengan 40 kali sebatan. Hukuman ini dilaksanakan dari zaman Rasulullah hingga zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Pada zaman pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab,Umar telah menambah sebanyak 40 kali sebatan lagi kepada peminum arak menjadikan ia sebanyak 80 kali sebatan kesemuanya dan hukuman ini wajib dilaksanakan oleh pemerintah umat Islam selepasnya. Janganlah kita terus mentafsir apabila mendengar bahawa Saidina Umar menambah 40 kali lagi sebatan sebagai mengada-ngadakan hukuman.Sebenarnya, 40 sebatan yang pertama ialah hukuman Hudud dan 40 sebatan yang kedua ialah hukuman Takzir.Allah telah memberikan kuasa kepada pemimpin untuk menjalankan hukuman mengikut kesesuaian kesalahan. Inilah dinamakan hukuman Takzir.Siapalah kita untuk dibandingkan dengan pemimpin yang dijanjikan syurga seperti Saidina Umar ini.Setiap kata-kata mereka boleh dipercayai.Jika hendak dibandingkan pemimpin kita sekarang dengan pemimpin seperti Saidina Umar,amatlah jauh sekali bagai langit dengan bumi malah lebih jauh lagi.Tetapi ada pemimpin negara kita yang bertindak mengikut hawa nafsu masing-masing,bercakap seperti orang yang dijanjikan syurga dan bagai mengaku dirinya lebih hebat dari tuhan.Firman Allah, maksudnya;

"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka..." (al-Maidah, 49)

Larangan dari tidak berhukum dengan hukuman Allah, sangat jelas di dalam al-Quran. Allah sangat benci kepada pemimpin yang tidak menjalankan hukuman Allah kepada pesalah. Jika kita teliti betul-betul, Allah telah menyatakan sebanyak 3 kali dalam surah al-Maidah pada akhiran setiap ayat iaitu pada ayat ke 44, 45 dan 47.Maksudnya;

“…dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” (al-Maidah, 44)

“…dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah,maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim”.(al-Maidah, 45)

“…dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah,maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (al-Maidah, 47)

Kesimpulannya di sini,jika hukuman ini tidak dijalankan,maka lebih banyak terutamanya umat Islam yang makin berani melakukan kesalahan-kesalahan besar dalam Islam. Mana tidaknya,jika minum arak hanya dihukum cuci tandas sahaja!.Para pemimpin perlulah sedar mengenai perintah Allah ini.Ulama’-ulama’ perlu mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pemimpin yang tidak memimpin berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Jangan sampai Allah memberi bala kepada negara kita yang selama ini aman dan selamat. Allah bukan memberi bala kepada yang tidak mengikut perintahnya tetapi semua sekali akan kena.Sama-samalah kita berdoa agar pemimpin-pemimpin kita diberikan hidayah oleh Allah dan dijauhkan dari balanya. Amin. Sekian. Wallahu-A’lam.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Aku Islam

0 komentar:

Posting Komentar